Kalau rujuk web Western Union, ini harga pasaran sekarang. Iaitu RM1 = IDR 3,200 atau senang cakap IDR 3000. Dah nak sama dah ringgit dan rupiah. Baru ni saya dah transfer duit melalui WU. Tapi rate yang saya dapat 3100 rupiah.Nilai ringgit yang mengecil ini amat-amat mengganggu.
Mau tak nya. Modal saya 14 juta rupiah setiap minggu, Dan setiap minggu memang itulah trend nya. Cuma minggu ini. Saya perlu tambahkan lebih ringgit ke atasnya.
14 juta untuk bulan lepas = RM4,179.10
14 juta untuk bulan Oktober = RM4,516.12
Kenaikan sebanyak RM337!
Belum lagi kenaikan setiap minggu terhadap produk sebanyak 2000 rupiah hingga 3000 rupiah setiap minggu.
Sedikit perkongsian
Di Indonesia, setiap barang akan dikenakan PPN (Pajak Pertambahan Nilai) iaitu Value Added Tax or GST (Ini orang Malaysia paham). Iaitu sebanyak 10%. Banyak tu. Kita 6% je.
Cuma PPN ni tak lah macam GST kita ni. Dipukul rata semua pasti merasa bayar GST. Budak start umur 2 tahun ke atas akan dikenakan GST. (Cuma Susu Formula 0-24 bulan tidak dikenakan GST). Boleh lah rujuk di Wikipedia tentang PPN ni. Banyak gak services tak dikenakan PPN compare dengan kita di Malaysia yang tercinta ini.
So, kalau pusing pi, pusing mai dengan harga Freshcare/Produk lain saya beli dari Indonesia. Nilai PPN tu dah hilang sebab ada pulak diskaun 15% sebab beli 5 Karton ke atas.
Tapi masalahnya nilai ringgit kita pula yang tak stabil. Dok menurun je sekarang ni.
Dan sebab itulah saya terpaksa naikkan harga ikut pasaran mata wang.. Itu je nak bagitahu pun.
Mari kita doakan agar Ringgit kembali kukuh. Atlest RM1 = 3500 dah ok dah..
Friday, October 16, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
OvenSarikin & Oven Kek Lapis . Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment