Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ini. Saya menjual pelbagai jenis minyak angin aromatherapy daripada Indonesia. Freshcare, VFresh, Safecare, Aromatic dan Javaspa. Semua saya jual.
Tahukah anda bahawa minyak angin ini tak di daftarkan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Tapi tak bermakna minyak ini membahayakan kesihatan rakyat Malaysia. Ini kerana minyak angin ini adalah produk komersial di Indonesia dan mendapat GMP, TOP BRAND, Halal MUI dan lain-lain standard kerajaan Indonesia. Ini bukan sebarang brand. Ini kilang besar. Mereka juga keluarkan produk-produk berkualiti lain.
Tapi, tindakan Unit Farmasi yang buat serbuan ke Pasar Serikin agak musykil bagi saya. Atas alasan tak di daftarkan di Malaysia. Apa ke orang Indonesia datang berdagang ke Sempadan Malaysia - Indonesia nak beli pula produk dari Malaysia untuk jual kat Sempadan? Baik dia dok rumah tidur! Mestilah produk Indonesia yang dijualnya. Ini inilah sebabnya Serikin jadi pusat tarikan pelancong. Nasib sayur-sayuran tak dirampas juga.
Ini yang buatkan ramai peniaga Freshcare give up dan ada yang hanya jual secara sembunyi-sembunyi saja. Saya setuju kalau ia melibatkan produk makanan yang kita tak pasti kandungannya seperti Pil-pil seks dan ubat-ubat buatan sendiri. Sebab yang ini kilang pun kita tak tahu kat mana.
Kalau produk ini didaftar di Malaysia. Maksudnya dah rasmi lah produk ini masuk dan mempunyai distributor yang sah. Maka tak adalah orang nak jual lagi. Siapa nak jual Shampoo Sunsilk online kalau dah merata ada di kedai-kedai.
Berbalik pada kesan pada peniaga tadi. Ada juga mengadu yang mereka kerugian beribu ringgit sebab kena rampas habis.
Untuk pengetahuan anda. Peniaga-peniaga di sini ada 2 golongan. Satu golongan peniaga besar. Iaitu mempunyai modal sendiri dan ada peniaga hanya sekadar pedagang kecil yang ambil secara kredit daripada peniaga di sekitar Serikin atau atau daripada kedai besar di tempat tinggal mereka di Indonesia.
Sudahlah barang tu ambil hutang. Kena rampas pula. Keuntungan margin kecil.
Lepas kejadian rampasan, ramai peniaga Freshcare ini ambil langkah selamat dengan tidak lagi menjual secara terbuka. Hanya kepada pelanggan yang sudah biasa sahaja yang dapat beli dari mereka. Tempahan melalui telefon dan barang tak dibawa banyak-banyak. Tanyalah kawan-kawan anda yang nak pergi sendiri cari stok. Last-last bawa balik kain. Jual Songket Bali Prada je lah.
Pastinya harga pun dinaikkan. Walaupun alasan distributor yang naikkan harga. Tapi kesan dari kerugiaan lepas. Semestinya mereka perlukan lebihan untuk cover balik modal.
Freshcare, Javaspa dan Safecare dah naik harga. Safecare paling ketara. Sekali naik RM6. Freshcare saya terpaksa kemaskini harga. Kerana tak mampu lagi nak tanggung harga yang boleh dikatakan 2 minggu sekali naik sikit-sikit.
Pasal kes KKM ni, Pelancongan perlu main peranan juga. Sebab promosi tempat menarik di Sarawak bagai nak rak. Last-last apa pun tak ada sebab ramai peniaga dah lari. Sebab peniaga ini pun bayar cukai juga. Dikutip Kastam tiap-tiap bulan. Imigresen pun dapat hasil juga dari mereka. Apatah lagi penduduk kampung yang dapat hasil dari sewa gerai dan parking. Rakyat Malaysia lain pun dapat tempias juga sebab dapat bisnes kecil-kecilan dari produk dibawa mereka. Kain, baju, murah dari sana, mark-up kaw-kaw di sini.
Jadi, saya nasihat kepada peniaga-peniaga baru yang beli stok daripada saya. Harga tu biarlah sama seperti pesaing-pesaing anda. Walaupun anda dapat murah daripada saya. Jangan jual murah sangat ye. Takut nanti, kalau berlaku kenaikan harga. Anda yang susah nanti.
Ini je coretan saya. Selamat berniaga!
Saturday, October 3, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
OvenSarikin & Oven Kek Lapis . Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment