Tak sangka pula nama Freshcare Borong menjadi pilihan penjual lain untuk mendapatkan sales. Saya pun tak perasan juga. Tapi selepas rakan atau pelanggan saya mesej saya tanyakan kepada saya. Terkejut juga saya.
Beliau menggunakan nama Freshcare Borong (Baru create ni), kemudian add friend semua liker page saya iaitu fb.com/freshcareborong.
Tak salah dia nak add friend dan cari pelanggan di tempat saya. Sebab rezeki ni masing-masing. Allah dah aturkan untuk kita. Yang penting kita usaha. Tapi bukan cara mengelirukan pelanggan saya! Rakan saya sendiri keliru dengan Profile Fake ini!. Sebab apa saya kata Fake? Sebab saya dah gunakan nama Freshcare Borong sejak Julai 2015 dan masa tersebut tiada siapa yang gunakan nama ini.
Tetapi, baru-baru ini muncul lagi satu Page Freshcare-Borong (ini sekitar Disember muncul). Dan Profile menggunakan nama Freshcare Borong dan hubungi semua liker page saya.
Jangan mengelirukan bakal pelanggan anda. Itu saja yang saya nak. Kepada anda semua. No. tel saya adalah 0172140664 atau 0172140994. Tiada nombor lain. Oleh itu, segalanya adalah risiko anda.
Untuk menguruskan page di FB sudah tentu saya mempunyai profile peribadi di FB. Tetapi profile tersebut bukanlah atas nama yang sama dengan page saya. Saya juga tidak akan nak add friend pelanggan-pelanggan saya. Ini kerana, kita sudah pun berhubung di Whatsapp.
Lagi sekali saya nak ingatkan. Freshcare Borong yang asli adalah fb.com/freshcareborong dan ada nombor telefon 0172140664 sahaja.
Monday, March 14, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
OvenSarikin & Oven Kek Lapis . Powered by Blogger.
berapa harga fresh care 1 dozen
ReplyDeleteberapa harga fresh care 1 dozen
ReplyDelete