Ramai yang tanyakan saya Freshcare tak ada ready stok ke? Kata supplier, order banyak, kenapa tak sediakan ready stok? Memang saya ada ready stok. Tapi ready stok saya dah habis atau tinggal sedikit. Belum sempat nak ambil stok hari Sabtu, hari Jumaat dah berkurangan. Ini kerana, tempahan diluar tempoh ditetapkan.
Saya dah tetapkan yang tempoh tempahan selewatnya hari Rabu setiap minggu. Saya akan lakukan penghantaran pada hari Isnin minggu berikutnya.
Kenapa mesti hari Rabu?
Oleh kerana kelebihan yang saya sediakan ialah pelanggan boleh campurkan mana-mana aroma yang dikehendaki asalkan cukup 12 minimum untuk total.
Sekiranya dikumpul semua pesanan, pastinya bilangan keseluruhan setiap aroma tersebut adalah berbeza. Mungkin minggu ini, Citrus, Green Tea dan Bubble Gum lebih banyak permintaan berbanding aroma lain.
Saya perlukan masa untuk kumpul dan jumlah setiap aroma agar semua pelanggan dapat apa yang ditempah. Kemudian, saya akan tambah extra stok untuk jualan selepas waktu Close Order dan minggu hadapan.
Pembekal saya adalah orang Indonesia, beliau akan bertolak dari tempat beliau ke sempadan pada hari Jumaat. Oleh itu, hari Khamis adalah peluang untuk beliau dapatkan stok yang saya kehendaki. Tidak hanya Freshcare, tetapi produk-produk lain juga.
Sebarang tempahan selepas hari Rabu adalah mengikut extra stok yang saya sediakan. Sudah terlewat untuk saya menambah stok lagi ini kerana pembekal telah pun keluar dari tempatnya.
Sebab itu ready stok berkurang secara mendadak. Setiap minggu saya sentiasa tingkat ready stok. Alhamdulillah, tempahan semakin meningkat terutama pelanggan berulang. Mungkin kerana harga saya yang kompetetif dan mereka dapat menjual semula dan meraih keuntungan yang tinggi.
Sekiranya anda ingin membeli Freshcare atau minyak angin aromatherapy yang lain. Boleh hubungi saya 0172140664.
Hari Sabtu saya ambil stok. Dah sampai rumah, masih terima tempahan |
Tempahan pada hari Khamis. Saya terpaksa tunggu sama ada pembekal ada bawa extra stok atau tidak. |
Semua ready stok dah disahkan. Pelanggan terus bayar takut saya cancel order. Hehe, terpaksa buat macam tu, bukan apa, kesian orang lain tertunggu2. Last-last janji tinggal janji. |
Pelanggan ini tak sabar nak tahu status dapat tak stok yang dia nak. |
Pelanggan lama. Tahun lepas bulan 11 last beli. |
0 comments:
Post a Comment