Kali ini tak nak cerita pasal Minyak Angin Aromatherapy, just nak berkongsi sepanjang pengalaman berniaga ni. Setelah hampir 2 tahun jual Freshcare, VFresh, Aromatic, Safecare dan beberapa lagi produk dari Indonesia. Saya jumpa macam-macam jenis pelanggan.
Tapi alhamdulillah pelanggan yang saya jumpa majoriti adalah terbaik dan menjadi pelanggan setia saya.
Cuma, ada juga yang pelanggan yang kadang-kadang buat kita rasa marah, nak gelak, dan kita tak faham apa yang sebenarnya beliau nak. Ini antara yang dapat saya kategorikan ye.
1. Suka Kacau Orang
Saya anggap yang ini suka kacau orang. Mungkin dia bosan dok sorang-sorang dan tak ada sesiapa dia nak text. Atau dia nak orang luar nampak dia pun ada kawan juga di handphone. Sesekali dia akan muncul untuk tanyakan soalan yang sama. Tak pernah beli pun. Lepas seminggu dua, atau sebulan. Dia muncul kembali untuk tanyakan tentang harga, bau apa yang ada. Minta no. akaun lepas tu diam. Kemudian, dia muncul kembali untuk tanya soalan-soalan lain pula.
2. Guna Bahasa yang tidak difahami.
Ini juga satu masalah. Sebab dia kan tanya soalan dalam bahasa yang hanya dia dan kawan-kawan dia saja yang tahu. Maaf ye, bila kita berurusan dengan orang kita tak kenali. Gunalah bahasa yang boleh difahami. Saya memang tak layan dan buat-buat tak paham!
3. Nak murah, dan murah, dan murah lagi
Semua orang nak mudah kan. Saya sendiri nak yang termurah. Saya kalau beli online, saya akan google sampai ke keyword yang terakhir untuk dapatkan harga murah. Semua marketplace saya pergi. Saya akan check harga pasaran dan range harga yang majoriti jual. Tapi, ada juga yang bukan sahaja tanya harga. Tapi dia juga siasat kita. Pelanggan yang dari KASTAM pun tak pernah soal siasat saya.
4. Sembang Kencang
Ini menarik ni, bila sembang dengan kita memang semangat. Dia punya rundingan harga macam nak supply satu Malaysia. Bincang itu ini. Tanya itu ini. Siap minta quotation. Ok setuju lepas dapat harga. Lepas tu, janji nak bank in. Sampai hari ni tak bank in.
5. Suka bandingkan harga dengan supplier lama tapi...
Ini rasa nak gelak pun ada. Nak kesian pun ada. Bila tanyakan harga, suka bandingkan harga dengan supplier lama dia. Harga supplier lama dia tu memang murah. Terlalu murah sampai supplier tu sendiri tak dapat nak supply barang bila payment dah buat. Dia sendiri pun belum dapat refund! Memang lah dia jual murah. Itu taktik dia nak tipu. Mula-mula biar untung sikit. Lepas tu semua dah terjerat. Kaut untung besar. Tutup FB! Berniaga ni bukan tengok pada modal barang - duit dapat = UNTUNG. Salah tu, kos-kos lain kena kira juga.
6. Nak beli jual barang ke nak jual barang?
Biasanya orang akan tanya-tanya dulu. Jadi beli atau tak, itu tak kisah. Yang ini tanya harga tu sekadar buah bicara saja. Last-last dia yang offer barang dekat kita.
7. Suka Tanya Soalan berulang dan sikit-sikit
Syukur saya cuma ada sorang je. Kita kalau berbual telefon ni mungkin ada yang terlepas, terlupa nak info. Tapi kalau dalam mesej ni, semua dah tersimpan. Kecuali memang ada yang suka clear chat atau tukar-tukar handphone baru tanpa buat backup. Sorang ni memang akan tanya soalan berulang. Contohnya ;
Kalau beli 4 doz + safecare berapa?
Kalau beli 4 doz tapi alamat lain-lain
Kalau saya beli 5 doz
Kalau saya beli 1 doz + 4 doz
Kalau saya.. kalau saya..
Tolong tetapkan matlamat untuk buat belian. Saya belum ini dah bagi panduan tentang macam mana nak estimate kos pos. 1 doz = 520gram. Kos tanpa pos pun saya dah maklum.
Tapi dia akan tanya lagi. Bila saya sengaja bagi harga tinggi. Dia rajin pula scroll mesej sebelum ni pasal harga yang saya dah bagi bulan lepas! Pelanggan ni memang saya akan jawab bila saya ada masa dan dalam keadaan tenang. Saya tak nak wujud pergaduhan dan keadaan tak selesa antara saya dan dia. Semua saya jawab penuh kasih sayang. Walaupun kat luar saya tengok tumbuk-tumbuk bantal.
Setakat itu sajalah saya punya koleksi. Kalau ada lagi saya akan tambah. Anda pula macam mana? Mari kongsi.
Thursday, February 23, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
OvenSarikin & Oven Kek Lapis . Powered by Blogger.
Brp harga borong fresh care indonesia bg 1 dozen
ReplyDelete