Tuesday, June 6, 2017

Jom Bisnes Dengan Shopee


Setelah mengetahui yang Shopee ada buat kolobrasi dengan Poslaju. Saya cuba sendiri untuk membeli dari Shopee terlebih dahulu. Hasilnya memang menarik. Sebabnya, belian saya tu, kos pos di subsidi orang Shopee. Percuma!

Kemudian, saya cuba sendiri untuk menjual di Shopee. Menariknya, kos pos itu akan masuk ke akaun Shopee dan saya hanya perlu tinggalkan parcel di mana-mana cawangan Poslaju. Memang mudah.

Secara tak langsung, pelanggan saya akan menikmati penjimatan dari segi kos Pos. Bayarankan, untuk kos pos min adalah RM9.80. Sekiranya pembelian RM30 ke atas. Kos pos adalah percuma!

Oleh kerana Subsidi untuk 5kg pertama. Bolehlah mencuba lepas raya nanti.

Monday, April 3, 2017

Bisnes Part Time atau Full Time



Apabila perniagaan makin berkembang. Kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan. Dalam pernigaan borong pula, kebanyakkan pelanggan kita adalah peniaga juga. Sama ada peniaga Part Time atau Peniaga Full Time. Ini adalah ulasan saya ikut pengalaman dan andaian saya sahaja.

1. Bisnes Full Time
Maksudnya memang tumpukan sepenuhnya income dari perniagaan. Kerja hakikinya adalah perniagaan. Setiap masa dihabiskan dengan melayan pelanggan dan pesanan.

Bila ada Free Time, mereka akan lebih suka habiskan masa dari tidak mahu fikirkan hal perniagaan. Itu adalah waktu betul-betul bebas dari hal bisnes.

Mereka tahu apa nak beli, bila nak beli dan semestnya beli harus terima barang tersebut. Bayaran biasanya sungguh cepat dan ikut jadual. Sebabnya mereka tahu apa yang mereka mahu dan barangan mesti sampai pada masanya.

Mereka perlu dimaklumkan awal sekiranya ada masalah stok sebab mereka perlu berhungan dengan pelanggan. Biasanya mereka ini menyimpan stok peribadi. Tiada masalah sangat.

2. Bisnes Part Time
Urusan jual beli bila ada masa lapang sahaja. Jual untuk suka-suka atau bila ada pesanan dari saudara atau rakan-rakan. Biasanya sibuk dengan tugasan lain.

Sebabnya Free Time mereka adalah bisnes. Kalau mereka benar-benar sibuk dengan urusan hakiki. Bisnes boleh dihentikan sementara waktu. Tak pasti nak beli berapa dan bila hendak. Kadang-kadang tak ada matlamat untuk beli berapa.

Disebabkan sibuk sampai terlupa untuk bank in, buat pesanan tapi tak bayar dan paling best sekali lepas buat pesanan beritahu "Saya busy sekarang ni. Kalau sempat nanti saya bank in."

Kalau sibuk, tak payah buat pesanan itu ini. Tunggu tak sibuk, buat pesanan, terus bayar lepas tu kembali sibukkan diri anda. Orang lain tak ada masa nak melayan sibuk anda.

Dari dua kat atas tu. Tak kisah anda buat sebagai Full Income or Side Income. Jadilah ahli bisnes full time. Sepanjang hari anda, anda adalah seorang ahli perniagaan. Bila ada peluang anda buat jualan. Seorang rakan saya beritahu.

"Kerja Hakiki aku adalah Part Time, Tapi bisnes aku adalah Full Time" Sebab kerja hakiki 8 - 5 pm. Tapi bisnes adalah sepanjang masa selagi tak tidur.

Thursday, February 23, 2017

Adat Berurusniaga

Kali ini tak nak cerita pasal Minyak Angin Aromatherapy, just nak berkongsi sepanjang pengalaman berniaga ni. Setelah hampir 2 tahun jual Freshcare, VFresh, Aromatic, Safecare dan beberapa lagi produk dari Indonesia. Saya jumpa macam-macam jenis pelanggan.

Tapi alhamdulillah pelanggan yang saya jumpa majoriti adalah terbaik dan menjadi pelanggan setia saya.

Cuma, ada juga yang pelanggan yang kadang-kadang buat kita rasa marah, nak gelak, dan kita tak faham apa yang sebenarnya beliau nak. Ini antara yang dapat saya kategorikan ye.

1. Suka Kacau Orang

Saya anggap yang ini suka kacau orang. Mungkin dia bosan dok sorang-sorang dan tak ada sesiapa dia nak text. Atau dia nak orang luar nampak dia pun ada kawan juga di handphone. Sesekali dia akan muncul untuk tanyakan soalan yang sama. Tak pernah beli pun. Lepas seminggu dua, atau sebulan. Dia muncul kembali untuk tanyakan tentang harga, bau apa yang ada. Minta no. akaun lepas tu diam. Kemudian, dia muncul kembali untuk tanya soalan-soalan lain pula.

2. Guna Bahasa yang tidak difahami.

Ini juga satu masalah. Sebab dia kan tanya soalan dalam bahasa yang hanya dia dan kawan-kawan dia saja yang tahu. Maaf ye, bila kita berurusan dengan orang kita tak kenali. Gunalah bahasa yang boleh difahami. Saya memang tak layan dan buat-buat tak paham!


3. Nak murah, dan murah, dan murah lagi

Semua orang nak mudah kan. Saya sendiri nak yang termurah. Saya kalau beli online, saya akan google sampai ke keyword yang terakhir untuk dapatkan harga murah. Semua marketplace saya pergi. Saya akan check harga pasaran dan range harga yang majoriti jual. Tapi, ada juga yang bukan sahaja tanya harga. Tapi dia juga siasat kita. Pelanggan yang dari KASTAM pun tak pernah soal siasat saya.

4. Sembang Kencang

Ini menarik ni, bila sembang dengan kita memang semangat. Dia punya rundingan harga macam nak supply satu Malaysia. Bincang itu ini. Tanya itu ini. Siap minta quotation. Ok setuju lepas dapat harga. Lepas tu, janji nak bank in. Sampai hari ni tak bank in.

5. Suka bandingkan harga dengan supplier lama tapi...

Ini rasa nak gelak pun ada. Nak kesian pun ada. Bila tanyakan harga, suka bandingkan harga dengan supplier lama dia. Harga supplier lama dia tu memang murah. Terlalu murah sampai supplier tu sendiri tak dapat nak supply barang bila payment dah buat. Dia sendiri pun belum dapat refund! Memang lah dia jual murah. Itu taktik dia nak tipu. Mula-mula biar untung sikit. Lepas tu semua dah terjerat. Kaut untung besar. Tutup FB! Berniaga ni bukan tengok pada modal barang - duit dapat = UNTUNG. Salah tu, kos-kos lain kena kira juga.

6. Nak beli jual barang ke nak jual barang?

Biasanya orang akan tanya-tanya dulu. Jadi beli atau tak, itu tak kisah. Yang ini tanya harga tu sekadar buah bicara saja. Last-last dia yang offer barang dekat kita.

7. Suka Tanya Soalan berulang dan sikit-sikit

Syukur saya cuma ada sorang je. Kita kalau berbual telefon ni mungkin ada yang terlepas, terlupa nak info. Tapi kalau dalam mesej ni, semua dah tersimpan. Kecuali memang ada yang suka clear chat atau tukar-tukar handphone baru tanpa buat backup. Sorang ni memang akan tanya soalan berulang. Contohnya ;

Kalau beli 4 doz + safecare berapa?
Kalau beli 4 doz tapi alamat lain-lain
Kalau saya beli 5 doz
Kalau saya beli 1 doz + 4 doz
Kalau saya.. kalau saya..

Tolong tetapkan matlamat untuk buat belian. Saya belum ini dah bagi panduan tentang macam mana nak estimate kos pos. 1 doz = 520gram. Kos tanpa pos pun saya dah maklum.

Tapi dia akan tanya lagi. Bila saya sengaja bagi harga tinggi. Dia rajin pula scroll mesej sebelum ni pasal harga yang saya dah bagi bulan lepas! Pelanggan ni memang saya akan jawab bila saya ada masa dan dalam keadaan tenang. Saya tak nak wujud pergaduhan dan keadaan tak selesa antara saya dan dia. Semua saya jawab penuh kasih sayang. Walaupun kat luar saya tengok tumbuk-tumbuk bantal.

 Setakat itu sajalah saya punya koleksi. Kalau ada lagi saya akan tambah. Anda pula macam mana? Mari kongsi.

Wednesday, February 22, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Salam sejahtera semua. Lama betul tak update pada blog ini. Maaf sebab terlalu sibuk. Saya ada web jualan untuk pembelian online iaitu www.bizdropship.me (boleh beli, dan bayar guna online banking).

FreshcareBorong juga ada FB tau iaitu fb.com/freshcareborong Jangan tersalah klik pula sebab ada juga yang guna nama yang sama. Ambil semangat kot. Sebab ada pelanggan yang confius betul ke ada saya profile atas nama Freshcare Borong dan add friend dengan liker page saya. Maaf, saya tak buat macam tu. Semua urusan pada whatsapp atau page sahaja.

Sekarang dah masuk tahun baru. Tapi kes lama masih lagi berulang. Pada pemain Freshcare mesti tahun kan. The Legendary Freshcare Supplier yang menghilang tanpa jejak dan janji refund tapi tak refund.

Boleh kata kadang-kadang mesti saya akan dapat mesej tanya saya ni dari agen yang sama ke. Saya ni kenal tak si polan dan si polan. Sampai saya malas nak jawab. Saya cuma cakap, saya cuma ada page yang ini dan tak kenal pesaing lain. Saya cuma buat hal saya sendiri sahaja.

Bukan apa. Saya tahu pun dari pelanggan-pelanggan saya. Saya stalk page dia pun dari pelanggan-pelanggan saya. Cuma kebetulan kami berasal dari daerah yang sama saja. Lain tu memang saya tak kenal pun.

Cuma, saya nasihatkan agar lebih berhati-hati dan sentiasa tuntut hak anda!

Wednesday, April 6, 2016

Kos Perniagaan Online

Rata-rata boleh dikatakan menjual secara online. Sampai ada Menteri yang hensem suruh kita buat 2 kerja. Bagi beliau meniaga online ni mudah iaitu Anytime, Anywhere and Everywhere. Lepas tu Poslajukan!

Memang mudah, tapi kadang kala sulit juga. Sebab berniaga online ni perlu Commitment. Apa guna kita habiskan masa kita promote itu ini tapi kita buat sambil lewa? Ibarat dah sedia pancing semua. Tak nak tunggu pula. Joran bergetar-getar, kita buat biasa-biasa je gulung reel (betul ke nama nya? sebab saya bukan kaki pancing).

Jika anda serius nak menjana pendapatan online. Anda perlu bersedia untuk keluarkan kos-kos berikut. Ini kerana, kos-kos ini agar memudahkan perniagaan anda. Dan saya berkongsi tips kepada anda. Saya tak lah terer sangat pun. Tak pernah lah dapat juta-juta projek. Tapi alhamdulillah, saya dapat menjana pendapatan sehingga RM.... tak boleh bagitau nanti lembaga hasil cari. hehe..

Ok. Pertama sekali tentunya Internet

1. Internet
Tak ada internet, tak perlu lah nak berniaga online. Oleh kerana internet sumber penting bagi saya. Maka saya pasang internet. Mula-mula saya ambil pelan data. 3GB sebulan. Haha, cepat betul habis. Tak sampai 2 minggu. Membazir!

Jadi, saya pasang je streamy di rumah. Saya tutup akaun Astro saya. Saya tumpukan kos kepada kos internet sahaja. Dari saya membayar Astro setiap bulan. Baik saya tingkatkan kelajuan internet di rumah. Semua cerita saya stream sahaja. Sekarang siaran TV Digital pun dah ada. Lagi mudah dan murah dari bayar bulan-bulan kat Astro kan?

Streamyx tak dapat bawa kemana-mana. Tak rugi ke? Macam saya memang banyak habiskan masa di rumah. Sekiranya saya diluar. Saya cuma gunakan basic internet untuk berkomunikasi bersama pelanggan. Sekarang semua prepaid dah ada basic internet free. Setakat nak whatsapp dan hantar gambar, tak ada masalah.

2. Modal / Barang Jualan
Bila nak bisnes internet ni, kita mesti pastikan barang kita nak jual tu mestilah mudah dapat dan mudah jual. Tapi susah didapati.

Kenapa macam tu? Ini kerana, kita mestilah jual barangan yang memang orang terpaksa beli di internet dan sanggup untuk membayar kos pos sesuatu item. Takkan kita nak jual Syampoo Sunsilk kalau kedai dekat rumah dia lebih murah.

Tentunya barang tersebut mudah dapat sebab, sekiranya nak dapatkan sesuatu barang tersebut dengan kos yang tinggi, tempoh yang lama, tentunya nilai barangan kita lebih mahal. Siapa nak beli kan? Kecuali memang item tersebut exclusive atau rare.

Kita mampu untuk mengawal barang jualan kita. Maksudnya, kita mampu sediakan, barangan jualan adalah dibawah kawalan kita. Bukan, bila orang dah bayar. Tapi terpaksa bergantung dengan pembekal. Pembekal pula tak pasti bila barang tersebut akan sampai atau ada. Ini adalah diluar kawalan kita. Kemungkinan prospek lari adalah tinggi. Sebab kita tak mampu memberi time frame yang tepat untuk pelanggan kita tunggu.

3. Kos Pentadbiran
Ini saya masukkan semua sekali kos. Seperti kos minyak, kos alat tulis, kos sampingan lain. Sebagai contoh untuk saya menjual freshcare, saya perlukan pen marker, kertas A4, pita pelekat, kotak dan sistem untuk menguruskan belian.

Oleh kerana setiap minggu saya akan berurusan antara 30-40 pesanan daripada pelbagai pelanggan setiap minggu. Agak mustahil untuk saya mengingat atau merekod belian secara teratur. Barang jualan juga pelbagai dan ini melibatkan pesanan yang akan dihantar pada minggu berikut. Saya sediakan satu web jualan yang boleh menguruskan pembelian. Semua makluamt belian dikumpul dan setiap pesanan diproses secara online.

Oleh itu saya dapat elakkan daripada berlaku keciciran. Semua pesanan ini akan dicetak dah di packing mengikit Dispatch Note yang telah dicetak. Oleh itu proses packing dapat dilakukan dengan lancar.

Oleh itu ini juga kos perlu saya bayar bagi meringankan beban saya.




Tuesday, April 5, 2016

Ready Stock Cepat Habis


Ramai yang tanyakan saya Freshcare tak ada ready stok ke? Kata supplier, order banyak, kenapa tak sediakan ready stok? Memang saya ada ready stok. Tapi ready stok saya dah habis atau tinggal sedikit. Belum sempat nak ambil stok hari Sabtu, hari Jumaat dah berkurangan. Ini kerana, tempahan diluar tempoh ditetapkan.

Saya dah tetapkan yang tempoh tempahan selewatnya hari Rabu setiap minggu. Saya akan lakukan penghantaran pada  hari Isnin minggu berikutnya.

Kenapa mesti hari Rabu?

Oleh kerana kelebihan yang saya sediakan ialah pelanggan boleh campurkan mana-mana aroma yang dikehendaki asalkan cukup 12 minimum untuk total.

Sekiranya dikumpul semua pesanan, pastinya bilangan keseluruhan setiap aroma tersebut adalah berbeza. Mungkin minggu ini, Citrus, Green Tea dan Bubble Gum lebih banyak permintaan berbanding aroma lain.

Saya perlukan masa untuk kumpul dan jumlah setiap aroma agar semua pelanggan dapat apa yang ditempah. Kemudian, saya akan tambah extra stok untuk jualan selepas waktu Close Order dan minggu hadapan.

Pembekal saya adalah orang Indonesia, beliau akan bertolak dari tempat beliau ke sempadan pada hari Jumaat. Oleh itu, hari Khamis adalah peluang untuk beliau dapatkan stok yang saya kehendaki. Tidak hanya Freshcare, tetapi produk-produk lain juga.

Sebarang tempahan selepas hari Rabu adalah mengikut extra stok yang saya sediakan. Sudah terlewat untuk saya menambah stok lagi ini kerana pembekal telah pun keluar dari tempatnya.

Sebab itu ready stok berkurang secara mendadak. Setiap minggu saya sentiasa tingkat ready stok. Alhamdulillah, tempahan semakin meningkat terutama pelanggan berulang. Mungkin kerana harga saya yang kompetetif dan mereka dapat menjual semula dan meraih keuntungan yang tinggi.

Sekiranya anda ingin membeli Freshcare atau minyak angin aromatherapy yang lain. Boleh hubungi saya 0172140664.

Hari Sabtu saya ambil stok. Dah sampai rumah, masih terima tempahan

Tempahan pada hari Khamis. Saya terpaksa tunggu sama ada pembekal ada bawa extra stok atau tidak.

Semua ready stok dah disahkan. Pelanggan terus bayar takut saya cancel order. Hehe, terpaksa buat macam tu, bukan apa, kesian orang lain tertunggu2. Last-last janji tinggal janji.

Pelanggan ini tak sabar nak tahu status dapat tak stok yang dia nak.

Pelanggan lama. Tahun lepas bulan 11 last beli.

Tuesday, March 22, 2016

1001 Ragam Pelanggan


Bila perniagaan kita dah berkembang maju. Pasti kita jumpa pelbagai ramai orang. Sebab kita sendiri pun kadang-kadang meragam juga kan bila berurusan. Sama juga. Manusia ni macam-macam feel. Ini saya nak berkongsi dengan ragam pelanggan-pelanggan saya. Boleh dikatakan, kalau prospek tu macam tak berapa best nak deal. Saya sendiri malas nak close deal. Sebab jujur saya cakap. Kita nak berniaga ni kalau boleh, nak semuanya lancar. Kalau belum beli dah banyak kerenah, macam mana kalau lepas beli? Customer not always right. But Customer have a right. Tu lah sebetulnya.

1. Ragam Belum Buka Parcel
Ini dah dua kali saya kena customer yang belum buka parcel dan call cakap order dia terima tak cukup.  Mula-mula terkejut juga kan. Sebab macam mana boleh tak cukup. Dalam timbang di CN Poslaju pun memang berat untuk berat 2 dozen.

So, nak mudah proses maybe kesilapan tertukar parcel atau salah key in. Saya minta tolong check bawa kotak Freshcare tu, apakah nombor yang ditulis. Sebab, setiap pesanan ada Nombor Pesanan masing-masing. Kalau nombor tu lain maka parcel tu bukan untuk beliau. Terpaksalah sayang tanggung kos penghantaran semula.

Anda tahu apa jawapan beliau? Ok saya tengok sebab saya belum buka lagi? BELUM BUKA? Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah hambaMu kesabaran yang tinggi Ya Allah.

Macam mana belum buka boleh assume tak cukup? Sebab dia tengok macma kecik je.. Hadoi. Last-last dah buka.. Eh, betullah, cukup. Saya ingat tak cukup.

2. Ragam Parcel Dah Terbuka
Ini satu kes bila hantar ke Pejabat / Tempat kerja. Pelanggan ni mesej beritahu yang di terima cuma 5 kotak sahaja. Tapi dia order 6 kotak. Kebetulan saya tangkap gambar, memang lengkap sebelum hantar.

Untuk uji beliau. Saya tanya, ada tak gumpulan surat khabar. Sebab kalau parcel ganjil, saya akan selitkan kertas surat khabar untuk elak isi bergoncang di dalam. Dia cakap tak ada pun.

Lepas sejam beliau cakap dah jumpa 1 kotak yang hilang tu. Kawan dia buka.

Ya Allah,  semasa beliau terima parcel tu, dah terbuka dah pun. Dari pihak lain serahkan parcel dalam keadaan terbuka. Saya orang pertama disalahkan sebab tak cukup sekotak. Melainkan memang parcel tu dah cantik terbalut, buka-buka tak ada isi. Mungkin boleh salahkan saya.

3. Bising Barang Lewat Sampai, Dah Sampai, Tak Bayar.
Ini pula pelanggan letakkan kesalahan kelewatan pihak penghantar ke atas bahu saya. Saya dah hantar ikut jadual, pihak penghantar tak berjaya hantar atas sebab-sebab tak pasti. Kemudian, marahkan saya kerana beliau rugi. Pelanggan dah lari. Dan tuduh saya menipu.

Oleh itu, saya pulangkan wang beliau dan minta pulangkan wang saya sekiranya barang dah sampai. Pagi saya refund. Petang tu barang dah sampai. Sekarang dah 6 bulan, tak bayar-bayar pun lagi.

Sekarang siapa yang menipu? Untuk customer ini, saya tak maafkan dan tidak halalkan sebab saya berpegang pada janji beliau.

4. Janji Nak COD Tapi Menghilang
Terus terang saya malas nak COD. Walaupun mereka tinggal sekitar Kuching. Ramai tak bertanggungjawab. Saya tak kisah sangat pun kalau tak jadi beli. Sebab Freshcare ni tak pernah cukup pun. Memang non-stop orang order setiap hari. Sampai saya perlu sediakan jadual bagi pastikan semuanya dapat mix yang mereka nak.

Yang ini, kata nak COD jumpa sekian-sekian tempat. Lepas tu, bila sampai masa kata ada kenduri. Lepas kenduri, kata bapa mertua meninggal. Lepas tu minta hold dulu barang nanti dia balik dari KL dia akan ambil. Sampai sekarang belum ada khabar. Last sy tengok FB dia. Dia merungut orang order periuk nasi dari dia. Tapi tak tuntut. Dia marah-marah. Hmmm... kenapa ye? hehe

Pelanggan saya adalah peniaga. Sebab saya jual secara borong. Banyak sangat tu kalau nak guna sendiri. Jadi, kita hendaklah jujur dan amanah. Jujur dengan diri sendiri. Jujur dengan orang lain.

Sentiasa letak diri sendiri tu di kasut orang lain. Baru kita faham. Kalau kita buat tindakan macam ni. Agaknya kalau orang buat dekat kita macam mana pula?

5. Pelanggan yang Jujur
Ya Allah, ini ada seorang adik ni. Lelaki. Masa order tengah rancak, memang terlalu banyak. Dia memang lambat sikit bila part payment, maybe kena keluar dan jauh kan. Sekali tu saya terus pos. Saya fikir dia dah bank in. Lepas 2 minggu, beliau mesej saya. Saya dah bank in yang aritu punya. Sorry sebab lambat. Terus terang saya betul-betul tak ingat dia belum bank in. Syukurlah dia seorang yang jujur. Semoga dia sukses dalam perniagaan.

OvenSarikin & Oven Kek Lapis . Powered by Blogger.

 
biz.